Wednesday, May 18, 2011

Mekanisma kuku pada mesin transplanter


Sambungan dari post sebelum ini: mekanisma kuku (transplanting claw) yang digunakan bagi mengubah anak benih secara kaedah rotary forced planting. Kaedah menanam menggunakan mesin boleh diubahsuai untuk mendapatkan jarak dan bilangan anak pokok yang dikehendaki.

Gambar dekat kuku menanam memilih anak benih dan menanam ke dalam tanah sawah

Gambar ilustrasi kuku menanam menunjukkan bagaimana alat ini berfungsi

Kuku menanam akan berfungsi secara berputar, memilih anak benih dengan bilangan yang boleh ditentukan oleh operator. Kuku boleh dilaras untuk mengambil 1 hingga 10 anak benih bagi setiap "point" tanaman. Jarak antara pokok (between heel) juga boleh dilaras dan mesin ini akan memutarkan kuku secara automatik mengikut jarak yang dikehendaki. Lebih rapat jarak antara pokok, lebih cepat putaran akan dibuat oleh mesin.

No comments:

Post a Comment

ShareThis