Monday, April 4, 2011

Pengurusan air dan pengubahsuaian kaedah tanaman padi melalui SRI


Umum mengetahui bahawa tanaman padi memerlukan sistem pengairan kerana padi merupakan tanaman di dalam air. Namun begitu persepsi ini telah dibuktikan kurang tepat melalui amalan tanaman padi menggunakan kaedah SRI seperti yang pernah ditulis - Padi bukannya tumbuhan akuatik dan Asas Utama Tanaman Padi SRI.

Keperluan air dilihat semakin mendesak terutama sekali sumber air untuk tanaman padi terpaksa berkongsi untuk memenuhi keperluan domestik dan industri. Jadi tanaman padi SRI dilihat sebagai "peluru perak" untuk mengurangkan beban bekalan air. "Sistem ini dapat meningkatkan hasil padi, mengurangkan keperluan benih dan mengurangkan keperluan air 25 hingga 50%". Sumber : Wikipedia

Mengikut amalan konvensional, sawah padi di Malaysia memerlukan 29,473 meter padu air sehektar setahun. Purata keperluan air bagi mengeluarkan hasil padi kasar sebanyak 2.3 kg mm-1. Bagaimana jika kaedah tanaman padi SRI dapat mengurangkan keperluan air sehingga 50%? Kaedah ini tidak sukar untuk dilaksanakan sebenarnya. Dengan hanya membiarkan tanah lembab sahaja selama 45 hari (sehingga peringkat beranak maksimum) dan kemudian air dimasukkan sekadar 2 cm ketika peringkat mengisi dan dibiarkan sehingga 10 hari sebelum menuai.

Jadual dan rajah (klik pada gambar untuk paparan lebih besar)

Jadual 1: Keperluan air dalam tanaman padi konvensional

Rajah 1: Keseimbangan air bagi keperluan tanaman padi

Jadual 2: Perbandingan diantara tiga jenis pengairan dalam sawah

No comments:

Post a Comment

ShareThis